Saturday, May 15, 2010

277. pantang larang bakal pengantin

googling td..googling topic kasut tp sekali kuar ini daa... agak menarik utk dikongsi bersama..so nurin copy paste..


PANTANG LARANG BAKAL PENGANTIN
(yg kaler hitam nurin copy & paste , yg kaler purple tu my personal comment k..)

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

-->aiseh ..suppose to..tp memandangkn byk lg urusan kene setel..perintah berkurung yg nurin isytiharkan pd redz x dpt di teruskan..we still have to meet n settle mcm2 bersama..

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama
baik keluarga.--> tp...suke nak tdo umah jemah..;p

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik. --> errr..still have to.. p keje, p beli barang, p setel mana2 yg blank...

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit. --> huhu fav i asam pedas, sup eko...belasah saje.. cannot stop ;p

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering. --> mmg tak makan ;)

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir. --> cannot..! pas blk umah mesti kene cuci muka, gosok gigi, tepek ubat jerawat (since pimples da pandai naik kt pipi nurin nih..)

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.-->owh aa saya tak buang air dlm sungai, kolah maupun perigi ;p sume dlm tandas..tp dlm tandas tu ade air ehe..

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis. --> oraite..no prob..mmg tak suke air manis...except susu coklat..;)

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama. --> redz's note..

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.--> sometimes yes..lekit tak selesa nk tdo..busuk ..xleh tdo pun tak bagus jugak kan?

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat) --> i wish i could ..but i won't ..! n don't want ! ehee ;p

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir. --> hmm dunno..dunno..

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.--> aiseh.. i like fishes a looott instead of chicken n beef..-x bley ikot nih nt kebuluq

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.-->if me..nope..! never..! nk wat body scrub kt SPA pun tamau..no no..

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.--> sedap tp minus madu..x selalu..roti n susu ade..

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.-->noted..! done..ehehe

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.--> pikat isteri je kan? so me nk wat tatau jeh bab ni ehe ;p

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.-->????? napsu shopping included?

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari. --> x dpt laa..keje byk..;(

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok. --> insya-Allah never..;)

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.--> hmm no sun equal to no life.. n i need life..! reject....

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin. --> oopps..! mcm tak percaya ngn point yg nih.. soys bukan bagus ke?

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan. --> nehi..takmo..tanak..!

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah. --> insya-Allah..have to have to..bukan sbb nk kawin je..tp hari2 biasa pun..amalan seharian sampai mati..

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.--> whoopppss..!! eheee...i love foods..!

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri). -->yup..insya-Allah..pesanan arwah bapak nurin pun nih..so mmg ikut dr awal sblm bertunang lg..

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat. -->errr time run so fast nowadays..mau atau tak jejak ke malam jugak bila nk setel 1-1 urusan tu kan...

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul. -->langir? ape tuh?

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.?? --> not my case...ignore...

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur?? sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan. -->takde tdo soang.. ni pun kene note ke? aiseh..kawin ni kene amik berat bab 'tu' je ke? come on laa..!

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahlikeluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org. -->tatau..bilik nun disana umah kg..

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi. --> have to..takleh harap pd org lain semata...

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati. --> lg sekali..bukan utk masa nk kawin je..but amalan sepanjang masa..selagi boleh..

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar. --> aisehh..cannot too...can't avoid it..;p

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka. --> owh saya sgt syg kening ori saya ;p

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.--> aikkk???? hmm dun care..!

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung. --> whooaaaa..err baju buruk2 leh la kot..syg la kt sme baju2 nurin..anyway nurin tak pecaya sume ni.. mintak pd tuhan yg Maha besar atas segalanya bukan main tanda2 bumbung ngn baju..rejek..!

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri. --> whooohoohoo never never..! nt muke jd clown pun tatau..every penny is counted..!

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu. --> orait..tp tgk keadaan laa..kut ade cili kt gigi dia takkan nk biar kan..

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding. --> wuhuhu kepala ayam? pernah try sekali ms kt kg muar..n nurin muntah mcm org gile..ok no prob..

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki. --> buang alis?

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit. --> its redz ...!! ;p

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar. --> ajal maut ketentuan tuhan..dlm rumah pun leh mati..;)

Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.

--> yep sure..tp keputusan n tindakan skrg kene berlandaskan rationality kesesuaian keadaan..lurus sgt pun x bagus nt batu kt depan mata pun langgo je..ikut jalan lurus kan...

ikut jalan yg betul..tak semestinye kene ikut jalan yg lurus...


♥'s..
~nurin~

4 comments:

Erika Anuey said...

omak aii!!! banyaknyerrrr!!!

*~*nurin*~* said...

huhu tau xpeee

Sabby said...

sukenye ngan entry nie...ok..1 shoot i read ur blog occay!! since sangat busy..:(

nnti..andai kelapangan..nk mintak kebenaran copy n paste dalam blog kiter..bley?hehehehe

*~*nurin*~* said...

siler2...