* open letter to mr Redzuan Ahmad
Nurin the bini,
no *tut tut Jalan LEP7/22
Taman *tut tut
43300 Bandar putra permai, Selangor
Redzuan bin Ahmad
No. *tut tut Jalan LEP7/22
Taman *tut tut
43300 Bandar Putra Permai, Selangor
06 June 2013
kehadapan incik redzuan yang di kasihi,
PER : NOTIS SEMPENA 06 JUNE 2013
1. Memandangkan semalam incik redzuan outstation, telah berlaku beberapa peristiwa di semalam hari dimana, nyiaow kita sekali lagi membawa masuk hasil buruannya kedalam rumah..! arrgghh..! tempohari dia landingkan cik-T atas karpet..(walaupun cuma beberapa second, tak memasal saya bersungguh-sungguh mencuci kapet) ini time dia bawak masuk burung layang2 di landing kan di tepi tv pulak, Namun hasil dari gertakan n histeria saya, nyiaow berjaya menurut arahan dengan membawa kembali burung layang2 beliau keluar, namun setelah itu nyiaow takmo dengar kata dah.. dia park burung berkenaan di depan sliding door pulak..apa2 pun saya telah cuba sedaya upaya utk menutup si burung layang2 dengan baldi sebelum beliau di cabik2 oleh si nyiaow, kerana itu saja yg mampu saya lakukan disebabkan walaupun kadang2 saya macho..tp saya memang kalah dengan bangkai binatang yg teraniaya.. harap maklum.
2. ingin dimaklumkan juga..sepanjang ketiadaan incik redzuan di No.*tut tut Jln LEP 7/22 semalam, sepintas petir yang sangat ganas telah menyambar tanah di kawasan berdekatan menyebabkan seisi rumah terasa bergegar, and audio speaker tv kita serta merta berasap dan hangit. tension saya di buatnye, da la penakut dgn petir.
3. di fahamkan pada hari ini 06 june 2013, incik redzuan akan pulang ke rumah oleh itu bersabarlah kiranya terdapat tugas-tugas yang menunggu incik di kala tiba ke rumah nanti..iaitu membuangkan hasil buruan cik nyiaow, dan juga membetulkan plug2 seisi rumah, almaklum lah saya baru je lepas download runningman ep 148, belum sempat nak layan tibi da meletup.. tgk cite dong yi pun belum sempat abis lg..
4. Namun begitu di sebabkan pada tarikh hari ini begitu bermakna pada kita berdua, sukacita di maklumkan saya menyediakan sesuatu di rumah sekadarnya , tiada fancy2 lilin maupun gelas berkaki.. cuma sesuatu yg seperti biasa saya suka lakukan...instead of celebration yang cheesy i like it being cute..! hehehe (*ketawa 3 harakat saja ya?)
5. Saya sedia maklum bahawa incik redzuan sudah membeli awal tiket penerbangan ke sebuah negara jiran demi utk menyambut 'our third 6th june' terima kasih di ucapkan, bahkan sudah encik redzuan membooking hotel yang namanya summer hills di sana, bilik dabel deluxe lg, tak sabar rasanya, macam2 da bayangan nakal saya bayangkan muehehe... :P ,
Namun begitu di atas sedikit kesilapan teknikal kita berdua, n ketelanjuran kata2 saya n di atas sokongan incik redzuan sendiri, kita ada seorang lagi tetamu yg akan meng-escort kite, iaitu kak ani..'our travel partner in crime' seperti dalam perjanjian yg di persetujui dlm manisfesto tahun2 yang sudah. walaupun dia sedia maklum ini sambutan belated 'our third 6th june' namun....errr..ni bukan salah dia sebab kita yang dok ye ye o pujuk n ajak dia ritu dek kerana mood yg tgh happy...sampaikan dia sanggup membeli tiket yang 2kali ganda harganya dari tiket kita... yang penting kita enjoy je lah sepanjang berada di sana..as bonus kita ada sekali private doktor utk kita time berjalan2 macam biasa shopping2 sakan di sana ye? in sha Allah adalah hikmah ni.. moment2 romantik kita simpan bila kita da berdua saja ye? xpeee kan ke kak ani sporting n sudah sedia maklum tentang kita kannn hehehehhh..
6. Di sini juga ingin saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan..setingi gunung eberes ♪..seluas langit yg biru..♪♫ gitu.. kepada incik redzuan kerana begitu cemerlang sepanjang 3 tahun menjadi suami saya, terima kasih di ucapkan atas perkara-perkara berikut :
♥ sentiasa memahami saya walaupun dikala itu mode cengkerik (yg begitu di takuti keluarga saya) sedang melanda, tak kira saya sedang mencengkerik macamana pun encik redzuan selalu berjaya membuat saya tersenyum, bahkan selalunya begitu ajaib encik redzuan boleh membaca fikiran saya..tepat pulak tuh! contoh tengah pikir nak perkara sekian2..tp sebab tgh cengkerik saya diamkan saja..namun tetibe perkara berkenaan encik redzuan usahakan..terer sungguh incik redzuan..menyebabkan kasih sayang saya bertambah-tambah setiap hari ...
♥ terima kasih juga di ucapkan kerana sepanjang perkahwinan kita, incik redzuan sangat berlemah lembut dengan saya, ibarat menjaga sehelai silk yang sangat nipis gitu, walaupun ke-jantanan incik redzuan terserlah setiap kali menonton perlawanan bola.. namun tetap bertukar mode lemah lembut bila dengan saya, percaya lah kiranya tidak sedikit pun perhatian n kasih sayang yang incik redzuan tabur2 kat saya yang saya terlepas pandang..oleh itu bertambahlah lagi kasih sayang saya pada incik setiap waktu...
♥ walaupun perasaan saya suuupeeerr sensitif ibarat kulit bawang, namun kesabaran incik redzuan terhadap saya sehari-harinya amatlah membanggakan, i lap yu more n more haneyy...^^
♥ terima kasih juga di ucapkan, kerana sepanjang 3 tahun kita berumah tangga, incik redzuan bukan lah suami yang biasa, ini adalah disebabkan selain rajin membantu ape saja yang saya lakukan termasuk kerja rumah, yang paling ketara sungguh jarang sekali saya mencuci n menyidai baju, boleh dikira dengan jari saja jumlah saya menyentuh mesin basuh,
walaupun habit bini incik redzuan yang tomel tu suka mandi berkali-kali dalam sehari, asal memasak je dia mandi, before ke dapur dia nak mandi dulu, supaya fresh n makanan bersih katanya, lepas masak pun dia mandi lagi, supaya badan tak berbau dapur n muka bersih katanya... so saya sedar tentang lambakan baju2 yang bini incik redzuan sediakan hari-hari..namun tetap juga incik redzuan begitu rajin membantu mencuci pakaian luar mahu pun dalam setiap waktu..kalau tinggi si gunung kinabalu..tinggi lagi my luv pada yuuuu...hihi..
♥ terima kasih sekali lagi kerana sepanjang kita bersama sedari dari awal perkenalan sampai la berumah tangga incik redzuan selalu menyokong apa saja yg saya ingin lakukan, selain begitu sabar melayan karenah dan perangai manja yg tak mampu lagi di kikis oleh bini incik redzuan itu, maklumla anak bongsu, semacho n seharimau mana dia diluar namun bila masuk comfort zone dia, serta merta berubah jadi kucing persian huhuuhu.... sungguh di luar kata-kata setiap usaha n kasih sayang incik pada saya, makan pagi makan megi, saya nak cakap i lap yu lagi..hihi..
♥ terima kasih jua di kerana begitu menjaga keselamatan saya sampaikan kalau saya nak pegi the mines sorang diri pun, incik redzuan sanggup suruh tunggu incik balik and teman saya walaupun dikala itu incik sedang penat pulang dari kerja, walhal di waktu2 bujang dulu setakat the mines tu saya g sorang2 je takde hal punn..shah alam tempat saya bermain di waktu student tu pun incik redzuan sanggup berulang alik balik dari kerja then sama-sama pegi ke sana, dek kerana nak menjaga saya... tapi takpe lah saya paham incik begitu risaukan keselamatan saya, ye..walaupun jiwa bebas saya agak sikit terbantut tapi takpe2 don wori..saya faham..daripada saya keluar rumah batu n pokok maki2 saya, baik saya keluar berdua-duaan dgn incik kan? lagi best..
♥ sungguh tidak akan abis surat ini sekiranya saya tuliskan satu persatu penghargaan saya pada incik, cukup la Allah saja yang tau..oleh itu saya akan terus ke perkara /perenggan seterusnya.
6. saya percaya, selain didikan ibu dan bapa..didikan suami juga adalah amat penting utk pembentukan sahsiah isteri dan keluarga nya, suka cita ingin saya maklumkan bahawa saya percaya setelah 3 tahun menjadi bini incik redzuan, saya terdidik menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya..walaupun masih banyak lg perangai bongsu yang tersisa di dlm diri ini...tp banyak improvement, kalau tak masakan saya reti masak lomak cili api? hahaha.. makin banyak jenis resepi saya improvise demi kerana ingin incik makan..maklumla perut incik kan kecit..makan sikit jee... tu satu contoh kecik je..tapi apa2 pun.. terima kasih di ucapkan, pergi kenduri makan nasik minyak, terima kasih banyak-banyak..:P
7. last but not least...Namun begitu walaupun jarang and hampir tak pernah saya sentuh isu ini secara umum, namun saya sedar di usia perkahwinan kita yang ke 3, kita masih lagi berdua, sedangkan kawan2 yang seangkatan dengan kita memasing da bertiga nak masuk ke empat, tak ape lah..rezeki masing-masing, tiada apa yg dicemburukan... bukan kita minta utk lambat bertambah ahli keluarga namun saya percaya sesuatu yang terrbaik tidak mudah kita dapatkan, saya juga percaya Allah swt lebih bijaksana mengatur kehidupan kita, mungkin di tunggu masa yang tepat dan paling sesuai utk kehadiran si kecil..kan kan?
lebih baik kita hargai n nikmati waktu kita sehari-hari seperti mana kita lakukan sekarang daripada saban hari di penuhi rasa duka cita, saya percaya Allah swt maha adil, kira nya dulu di kala jantung n hati saya ibarat teko kaca yang kene ketuk2 oleh hammer 3.9kg, dengan keadaan diri ini yg begitu banyak kekurangannya, tidak pernah terfikir pun akan dikurnia kan suami seperti incik redzuan dalam kehidupan saya, namun Allah swt memberi kita kehidupan yang amat bahagia jua akhirnye kan kan? oleh itu saya percaya Dia ingin memberi kita yang terbaik namun kita hanya perlu bersabar n sentiasa bersyukur dan berdoa..
semoga sempena ulang tahun pernikahan kita kali ini..Allah swt menghadiahkan sesuatu yg terbaik itu..amiiiiiinn.. tak kisah la belated sekali pun takpe..asal ada hehehehh..:P
di akhir kata, saya mendoakan semoga perkahwinan kita kekal ke akhirnya, dan semoga Allah swt mengizinkan saya menjadi isteri incik redzuan di dunia mahupun di akhirat, walaupun saya banyak kekurangannya.. saya juga mendoakan agar incik redzuan n bini sentiasa diberikan kesihatan yg baik n usia yg panjang..semoga di kepanjangan usia itu dapat di isi dengan amal2 kebaikan n ibadah pada Nya.
penutup kata, Happy 3rd's Anniversary buah hati pengarang jantung ku...! hihii...
yang benar
Nurin the bini ♥
2 comments:
oii la hai untungnya dapat suami cam ni.. rajin la membantu isteri!. untongnyer la ko nurin oiii~
huhu..untung tak untung harap2 dia menten la camtu sampai ke tua..:P
Post a Comment